PIS tawar Diploma Seni Kulinari, 30 penuntut perintis - Utusan Malaysia

PIS tawar Diploma Seni Kulinari, 30 penuntut perintis

ULAIMI YAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) menawarkan kursus Diploma Seni Kulinari pada kemasukan penuntut baharu, akhir bulan ini.

Pengarahnya, Ulaimi Yahya berkata, tempoh pengajian kursus tersebut selama dua setengah tahun.

“Seramai 30 penuntut perintis akan diambil bagi kemasukan kali ini. Uniknya, mereka hanya akan belajar selama satu setengah tahun di PIS, selebihnya menjalani latihan dengan pihak industri.

“Biasanya, kursus diploma ambil masa tiga tahun, tapi di PIS, penuntut seni kulinari ini hanya dua setengah tahun, kami mahu beri pendedahan yang terbaik kepada mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ulaimi mengakui sambutan dan permintaan terhadap kursus berkenaan amat baik, PIS hanya mampu menawarkan 30 penuntut sahaja bagi kemasukan kali ini.

Selain PIS, Diploma Seni Kulinari itu turut ditawarkan di Politeknik Merlimau, Melaka.

Namun, tempoh pengajian di sana selama tiga tahun.

PIS yang mula beroperasi pada 1998 mengkhusus dalam bidang teknikal dengan menawarkan pelbagai kursus kejuruteraan mekanikal dan elektrik serta beberapa bidang lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN