Peserta ‘Himpunan Turun Anwar’ mula berkumpul di lima lokasi

Peserta ‘Himpunan Turun Anwar’ mula berkumpul di lima lokasi

PESERTA-peserta Himpunan Turun Anwar mula kelihatan berkumpul di sekitar kompleks beli-belah Sogo sebelum mereka bergerak ke Dataran Merdeka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peserta ‘Himpunan Turun Anwar’ anjuran pembangkang mula kelihatan berkumpul di beberapa lokasi ditetapkan sebelum mereka berarak ke lokasi utama Dataran Merdeka yang dijangkakan kira-kira pukul 2 petang nanti.

Peserta himpunan dilihat memakai kemeja-T seragam tertera logo Himpunan Turun Anwar manakala sebahagian yang lain berpakaian hitam.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar kompleks beli-belah Sogo mendapati peserta perhimpunan sudah mula tiba sejak pagi tadi namun setakat pukul 11.30 pagi tadi, jumlah peserta masih belum kelihatan ramai.

Selain kompleks beli-belah Sogo, peserta juga akan berkumpul di empat lokasi lain iaitu Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan Masjid Jamek Kampung Baru.

Program Himpunan Turun Anwar dijadual bermula pada pukul 3 petang nanti di Dataran Merdeka.

Beberapa orang pemimpin pembangkang seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dijangka akan berucap.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN