RIO DE JANEIRO: Pemimpin negara-negara BRICS akan mengadakan sidang kemuncak tahunan bermula Ahad di Rio de Janeiro tanpa kehadiran Presiden China, Xi Jinping. Ketiadaan Jinping menimbulkan persoalan, memandangkan beliau tidak pernah terlepas menghadiri sidang kemuncak tahunan sejak memegang jawatan sebagai Presiden China pada 2012. Bekas Pengarah Hal Ehwal China di Majlis Keselamatan Amerika Syarikat (AS), Ryan Hass, menjangkakan pelbagai spekulasi akan timbul mengenai sebab ketidakhadiran Jinping. “Penjelasan paling mudah mungkin…










