ALOR SETAR: Gangguan bekalan air yang berlarutan di kawasan Perumahan Desa KEDA Lahar Tunjung, Pendang dikenal pasti berpunca daripada kerosakan paip air mentah Loji Rawatan Air (LRA) Jeneri, Sik yang menjejaskan pengagihan air terawat ke kawasan itu. Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia memaklumkan, kerosakan berlaku susulan kerja penanaman kabel oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggunakan kaedah Horizontal Directional Drilling (HDD) yang menyebabkan…