Kumpul 167 kilogram sisa di pesisir Pantai Remis

Warga kerja Gadang Group kumpul 167 kilogram sisa di pesisir Pantai Remis

WARGA kerja Gadang Group dan ahli keluarga mereka bergambar pada Program Pembersihan Pantai di Pantai Remis, Jeram, Selangor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEBIH 40 warga kerja Gadang Group bersama ahli keluarga mereka menyertai Program Pembersihan Pantai di Pantai Remis, Jeram, Selangor, baru-baru ini sebagai komitmen menyokong kempen #BeatPlasticPollution dan usaha melestarikan alam sekitar.

Pada program itu, sebanyak 167 kilogram sisa buangan dikumpulkan merangkumi pelbagai jenis sampah termasuk plastik dan sisa domestik yang mencemarkan pesisir pantai.

Program turut menjadi wadah mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memupuk kesedaran sivik dalam kalangan peserta pelbagai lapisan umur. 

Ia adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu dalam mendukung misi hijau untuk masa depan yang lebih lestari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN