Kenyataan biadab: Ahmad Fadhli perlu mohon maaf, letak jawatan Ahli Parlimen - Utusan Malaysia

Kenyataan biadab: Ahmad Fadhli perlu mohon maaf, letak jawatan Ahli Parlimen

ABDULLAH HAKIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Ahli Parlimen Pasir Mas merangkap Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat susulan kenyataan kontroversi yang dimuat naik di media sosial Facebooknya baru-baru ini.

Ketua Penerangan PKR Cabang Temerloh, Abdullah Hakim berkata, kenyataan itu yang dipadam selepas menerima kecaman pelbagai pihak, didakwa menyamakan pemimpin tertinggi Malaysia dan negara jiran dengan karikatur binatang.

Menurutnya, ia sama sekali tidak boleh diterima oleh akal kerana kenyataan tersebut dikeluarkan oleh seorang bergelar pemimpin sebuah parti agama.

“Pemimpin-pemimpin tersebut merupakan perdana menteri Malaysia sendiri yang merupakan pengerusi ASEAN sedang bertindak sebagai orang tengah dalam menyelesaikan kemelut perang sempadan antara Thailand-Kemboja.

“Kita boleh berbeza pendapat dan ideologi politik, namun apabila melibatkan kenegaraan, tidak perlulah kita rakus dek kerana perbezaan politik.  Seharusnya kita berkata-kata dengan perkataan yang baik, mendoakan semoga keselamatan rantau Asia ini dalam keadaan yang aman seterusnya memberi manfaat kepada Malaysia.

“Saya mengesa Ahmad Fadhli meminta maaf kepada seluruh rakyat dan bertanggungjawab dengan meletak jawatan supaya menjadi contoh dan tauladan bahawa kita jangan terlampau taksub berpolitik sehingga mencemarkan image negara,” katanya dalam kenyatan di sini.

Baru-baru ini, Ahmad Fadhli dalam Facebook miliknya didakwa memuat naik hantaran berkaitan konflik Thailand-Kemboja dengan menyatakan ‘kambing dan biri-biri seeloknya tidak perlu kepada monyet untuk menjadi orang tengah dalam kes berebut pisang’.

Hantaran yang turut didakwa mengandungi lukisan ketiga-tiga haiwan itu dan tangkap layar akhbar Bangkok Post berkaitan peperangan itu kemudian dipercayai dipadam Ahmad Fadhli setelah menerima kecaman pelbagai pihak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN