Kelantan The Real Warriors bawa semangat TRW

Kelantan The Real Warriors bawa semangat TRW

ANNUAR Musa (tengah) menyampaikan amanat kepada barisan pemain Kelantan-TRW selepas perlawanan pemanas badan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan malam tadi-IHSAN ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pasukan Kelantan The Real Warriors (Kelantan-TRW) yang berusia sebulan selepas dijenamakan semula dari Kelab Bola Sepak Kelantan Darul Naim (KDN FC) nekad membawa semangat The Red Warriors (TRW) untuk mengharungi saingan Liga Super musim 2025/2026.

Presidennya Tan Sri Annuar Musa berkata, dengan sumber kewangan yang sederhana Kelantan-TRW akan mengatur langkah secara berperingkat untuk memberikan tentangan sengit dalam saingan itu nanti.

Menurutnya, hal ini kerana sebahagian besar dana terpaksa di belanjakan dulu untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain tahun 2024 dan sebelumnya serta sekatan pemain Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

“Bagaimanapun, kita telah telah berjaya melunaskan tunggakan itu secara berperingkat. Dari saf jurulatih hinggalah senarai barisan pemain semuanya baharu.

“Dengan tajaan yang masih belum mencukupi serta masa persiapan yang sangat pendek, Kelantan-TRW masih serba kekurangan. Kelantan-TRW belum berupaya mengikat pemain import berkualiti tinggi, dan pemain tempatan bertaraf emapt bintang,” katanya menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya hari ini.

Annuar memberitahu, dengan semangat TRW dan sokongan pencinta bola sepak negeri ini pasukan akan mara sebagai The Real Warriors.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN