‘Kami hanya mahukan hak kami’

‘Kami hanya mahukan hak kami’

MOHD. Badly Nordin memantau pembinaan rumah ibunya di Lot 9, Kampung Kuala Sungai Baru Puchong, semalam. – UTUSAN/HANAFI ZULKEFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mangsa tragedi letupan paip gas di Putra Heights meluahkan rasa kece­wa susulan laporan siasatan insiden tersebut yang diumumkan semalam dan mengharapkan keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.

Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru, Mohd. Badly Nordin berkata, pihaknya menerima keputusan laporan dengan hati terbuka, namun berpendapat hasil siasatan itu masih belum memberi kele­gaan kepada penduduk yang terkesan.

Katanya, masih banyak persoalan berbangkit terutama membabitkan tanggungjawab pihak tertentu serta tindakan lanjut terhadap mangsa yang mengalami kerugian besar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Demi mangsa dan semua penduduk, kami tidak akan berhenti memperjuangkan hak dan keadilan yang sewajarnya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, mangsa le­tupan, Mohd. Radzi Mohd. Ra­shid, 43, yang menanggung kerugian hampir RM1 juta me­nyifatkan hasil siasatan itu sebagai tidak adil kerana mengambil masa yang panjang dan akhirnya tidak memberikan penjelasan yang diharapkan.

“Sudah tiga bulan saya me­rempat. Rumah musnah, perniagaan musnah, sekarang saya terpaksa menyewa dengan orang lain.

“Tapi akhirnya mereka kata tiada siapa yang bersalah. Jadi siapa yang perlu tanggung semua ini?” katanya.

Tambahnya, tekanan hidup yang ditanggung menyebabkan dia hampir hilang semangat, namun terpaksa terus bertahan demi keluarga.

Sebelum ini, laporan siasatan letupan paip gas Putra Heights memaklumkan tiada sebarang unsur kecuaian, sa­botaj atau khianat berhubung insiden letupan saluran paip gas milik Petronas di Putra Heights, Subang Jaya dekat sini pada 1 April lalu.

Namun, siasatan mendapati tekanan berterusan pada paip dan persekitaran tanah yang tidak stabil menjadi punca ber­lakunya insiden letupan sa­luran paip gas yang meng­akibatkan lebih 50 rumah musnah dan rosak teruk akibat kebakaran yang marak setinggi 30 meter dan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN