Jerebu: Orang ramai mula pakai pelitup muka - Utusan Malaysia

Jerebu: Orang ramai mula pakai pelitup muka

MUHAMAD Azman Zakaria dan isterinya memakai pelitup muka susulan jerebu yang melanda kawasan Port Dickson sejak semalam.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Susulan situasi jerebu yang melanda, orang ramai mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai pelitup muka ketika berada di kawasan luar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tinjauan di pantai-pantai peranginan di daerah ini juga mendapati, pengunjung masih ramai melakukan aktiviti riadah namun tidak lupa memakai pelitup muka.

Salah seorang pengunjung, Muhamad Azman Zakaria, 63, berkata, dia bersama isteri dan anak-anak mengambil peluang cuti hujung minggu untuk beriadah seketika bersama keluarga di tepi pantai.

“Keadaan jerebu ni biasanya disebabkan oleh kebakaran hutan yang berlaku di negara jiran. Jadi, jika ingin beriadah di tempat terbuka yang udaranya tidak sihat, wajar lah kita pakai kembali pelitup muka,” katanya.

Sehingga pukul 1 tengah hari tadi, empat lokasi mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu, Nilai, Negeri Sembilan (164); Johan Setia dan Banting, Selangor (154) serta Putrajaya (119).

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, beberapa negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dilanda jerebu rentas sempadan berpunca daripada kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia.

Katanya, berdasarkan pence­ra­pan imej satelit NOAA-20 ber­tarikh 18 Julai 2025 yang dianalisis oleh Pusat Meteo­rologi Khas ASEAN (ASMC), sebanyak 79 titik panas dikesan di kawasan Sumatera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN