KUALA TERENGGANU: Naluri keibuan yang menebal menyuntik hati seorang wanita dari Bukit Depu, di sini menjadi ibu susuan kepada sembilan bayi yang memerlukannya sejak 13 tahun lalu. Nurul Asma’ Wahap, 37, berkongsi susu badannya dengan bayi-bayi berkenaan yang kebanyakannya mengalami masalah anak tidak sah taraf, kurang nutrisi dan ibu kandung mempunyai masalah kesihatan. Katanya, ia bermula 13 tahun lalu apabila kakaknya, Shahida, 40, mengalami masalah kekurangan susu badan akibat keguguran sebelum itu. “Keadaan kesihatan menyebabkannya tidak mempunyai susu mencukupi untuk anak sulung lelaki yang dilahirkan. Saya kebetulan baru melahirkan anak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya