SUNGAI PETANI: Kumpulan Syarikat EMZI mengorak langkah besar dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) apabila memperuntukkan dana hampir RM500,000 untuk menjalankan kajian saintifik dan klinikal ke atas produk keluarannya. Ia menerusi kerjasama strategik dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang dan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), merangkumi kajian menyeluruh produk jenama EMZI Care. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat EMZI, Mohamad Faizal Zainon berkata, R&D melibatkan aspek keberkesanan, keselamatan dan kualiti selaras dengan piawaian industri kesihatan dan keperluan pengguna masa kini. “Kerjasama strategik ini menyaksikan pasukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya