Tujuh pakar dilantik, pembangkang diminta hantar dua nama

DUN Selangor: Tujuh pakar dilantik, pembangkang diminta hantar dua nama

Pakar Putra Heights
AMIRUDIN Shari membentangkan laporan siasatan letupan paip gas Putra Heights pada sesi penerangan dalam Sidang DUN Selangor, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri akan melantik tujuh pakar dalam jawatankuasa siasatan susulan pendedahan laporan siasatan letupan paip gas dekat Putra Heights, Subang Jaya bagi meneliti dapatan daripada pasukan teknikal berhubung tragedi tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau juga meminta pembangkang menamakan dua pakar untuk dimasukkan ke dalam jawatankuasa tersebut bagi memastikan kekurangan-kekurangan dalam laporan tersebut ditangani.

Menurutnya, dalam laporan tersebut polis memaklumkan tiada kecuaian termasuk pihak terbabit selepas disoal siasat bahawa seluruh aktiviti yang diambil dan seluruh gambar yang dipertontonkan kepada awam sudah disiasat.

“Polis bukan sahaja menyiasat gambar tersebut, kita turut memanggil sumber-sumber yang mengambil gambar tersebut dan menyemak kembali dengan data dan maklumat yang diberikan dan semuanya adalah berdasarkan dengan kebenaran-kebenaran diberikan termasuk daripada tuan tanah untuk pembinaan-pembinaan tersebut.

“Malah, saya boleh sebutkan tapak titik letupan berada pada jarak lebih jauh 30 hingga 60 meter dari tapak kerja yang ditetapkan. Tiada sebarang perkara yang hendak dilindungi terhadap perkara tersebut,” katanya dalam sesi penerangan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Amirudin berkata, cetakan laporan siasatan juga akan diterbitkan dalam tempoh dua minggu sebelum sidang DUN tamat dan akan diedarkan kepada penduduk di Putra Heights, dahulu.

“Manakala kerajaan negeri juga bersedia untuk menerbitkan keseluruhan laporan, kita sedang mengumpulkan (maklumat) kerana ia melibatkan jabatan-jabatan.

“Dua minggu sebelum berakhir sidang DUN, saya yakin cetakan akan disiapkan dan kita akan berikan dahulu kepada penduduk di sana dan seluruh ADUN,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN