BANGKOK: Sekumpulan lelaki Thailand menyerang dua warga Myanmar di sebuah pasar di Bangkok kerana tersilap menyangka mereka adalah rakyat Kemboja. Insiden itu menerima kecaman meluas daripada netizen Thailand yang menyeru supaya keamanan dan perpaduan dikekalkan antara semua kaum dan rakyat. Serangan fizikal itu menjadi perhatian selepas laman Facebook Cnew Official memuat naik gambar dan rakaman video kejadian berkenaan semalam. “Kejadian ini baru sahaja berlaku di Pasar Sai Nate, kawasan Ram Inthra. Sekumpulan lelaki Thailand yang mendakwa sebagai patriot menyerang dua pekerja semasa mereka sedang membeli makanan. “Mereka sebenarnya warga Myanmar,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya