GEORGE TOWN: Pelaksanaan saman sebanyak RM300 terhadap penumpang bas ekspres yang tidak memakai tali pinggang keledar disifatkan sebagai langkah yang wajar daripada segi keselamatan. Bagaimanapun, kerajaan disaran memberi tempoh masa tertentu bagi tujuan pendidikan dan kesedaran sebelum penguatkuasaan sepenuhnya dilaksanakan. Pengerusi Keilmuan Nasional Pulau Pinang, Azdy Mohd. Arshad berkata, tujuan utama dasar ini sepatutnya adalah untuk menyelamatkan nyawa, bukan menghukum atau menjana hasil melalui saman yang dikenakan kepada penumpang bas…