Devakshean cipta rekod, pantas kenal mata wang 200 negara

Devakshean cipta rekod, pantas kenal mata wang 200 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak lima tahun berjaya mencipta rekod
mengenal pasti mata wang dari 200 buah negara hanya dalam tempoh 11 minit 45 saat.

Memuatkan artikel berkaitan…

ketika kebanyakan kanak-kanak ba D. Devakshean, telah melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mengenal pasti mata wang dari 200 negara dalam tempoh hanya 11 minit dan 45 saat.

Pencapaian luar biasa itu membolehkan D. Devakshean menerima dua pengiktirafan berprestij iaitu daripada pihak Malaysia Book of Records (MBOR), dan The British World Records, sekali gus meletakkan namanya sebagai antara kanak-kanak terpintar dalam kategori usia bawah enam tahun.

Ibunya, G. Devamalar, 37, berkata, kemampuan anak sulungnya itu mula disedari sejak berusia setahun, apabila dia dapat mengecam bendera Malaysia tanpa diajar secara formal.

“Sebenarnya ini bukan kali pertama Devakshean mencatat kejayaan. Sejak usia dua tahun, kami sudah mula melatih dia secara santai mengenal bendera negara.

“Dalam masa dua tahun, dia berjaya menghafal 241 bendera negara lengkap dengan mercu tanda utama setiap negara,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pengiktirafan MBOR dan The British World Records di Seremban di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Devakshean menerima pengiktirafan MBOR bagi kategori ‘Mata Wang Asing Terbanyak Dikenal Pasti oleh Seorang Kanak-Kanak dalam Satu Minit’

Bagi The British World Records pula, kanak-kanak itu dia diiktiraf sebagai ‘Pakar Muda Global Bendera dan Mata Wang 195 Negara di Dunia

Penyerahan sijil pengiktirafan disempurnakan Pegawai MBOR, V. Menaga dan Koordinator The British World Records di Malaysia, Prof. Datuk Dr. S. Santharaekaran.

Mengulas lanjut, Devamalar berkata, dia dan suami, A. Devakumaran 41, hanya mengambil masa sebulan sahaja untuk melatih anak tunggal mereka itu.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN