DHAKA: Kerajaan sementara Bangladesh menamatkan protokol lama yang mengarahkan pegawai wanita dipanggil sebagai ‘tuan’, dengan menyifatkannya sebagai amalan aneh daripada pemerintahan bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina. Pentadbiran sementara diketuai penerima Hadiah Nobel Keamanan, Muhammad Yunus, mengambil alih kuasa tahun lalu selepas Hasina digulingkan oleh pemberontakan pelajar, memaksanya melarikan diri ke India. Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Khamis, kerajaan memaklumkan pemansuhan arahan yang mewajibkan penggunaan gelaran tuan untuk pegawai wanita dalam perkhidmatan awam. “Sepanjang hampir 16 tahun pemerintahan autokratik Sheikh Hasina, satu arahan dikeluarkan yang mewajibkan pegawai awam memanggil beliau sebagai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya