APM bantu pindah pesakit obesiti 160kg ke HRPZ II - Utusan Malaysia

APM bantu pindah pesakit obesiti 160kg ke HRPZ II

ANGGOTA APM Pasir Puteh bersama petugas kesihatan semasa melakukan tugas memindahkan pesakit obesiti di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan-IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Petugas kesihatan Hospital Tengku Anis (HTA) di sini terpaksa mendapatkan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pasir Puteh untuk mengangkat dan memindahkan memindahkan seorang lelaki obesiti dengan berat badan lebih 160 kilogram (kg) awal pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pasir Puteh, Kapten Pertahanan Awam Nik Mohd. Nor Nik Mat berkata, lelaki berkenaan di pindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ), Kota Bharu dekat ini untuk rawatan lanjut.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 1 pagi dan seramai lima anggota termasuk pegawai telah ke HTA untuk melaksanakan tugas tersebut.

“Permohonan bantuan ini dibuat susulan kekangan kapasiti ambulans hospital yang tidak mampu menampung berat pesakit berkenaan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Nik Mohd. Nor memberitahu, APM Pasir Puteh menggunakan lori bagi memudahkan proses pemindahan pesakit dengan lebih selamat.

Katanya, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian keperluan logistik dan keselamatan pesakit supaya proses penghantaran ke HRPZ II dapat dijalankan tanpa sebarang risiko atau kelewatan yang membahayakan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN