JELEBU: Buat pertama kali, sepasukan pegawai serta anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jelebu menerima panggilan awam menyelamat barangan iaitu sebuah telefon pintar berjenama iPhone. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jelebu, Lt (PA) Mohd. Najib Abdul Karim berkata, pihaknya menerima panggilan itu kira-kira pukul 11.45 pagi pada 12 Julai lalu. Menurutnya, panggilan dibuat oleh kakitangan Jabatan Perhutanan dan mangsa iaitu seorang wanita berusia 20-an memohon untuk mengambil telefon pintarnya yang jatuh…










