MOSCOW: Syarikat penerbangan Russia, Aeroflot, terpaksa membatalkan puluhan penerbangan pada Isnin, susulan kegagalan dalam sistem maklumatnya. Dalam satu kenyataan, syarikat itu memaklumkan masalah tersebut menjejaskan operasi tanpa memberikan butiran lanjut mengenai punca kegagalan atau tempoh masa diperlukan untuk menanganinya. Sejak Russia melancarkan perang di Ukraine pada Februari 2022, pengembara di Russia sudah terbiasa dengan gangguan penerbangan. Namun, kelewatan tersebut biasanya disebabkan oleh penutupan sementara lapangan terbang akibat serangan dron. Aeroflot…










