23 PATI dicekup, tidak sempat bekerja di Lembah Klang - Utusan Malaysia

23 PATI dicekup, tidak sempat bekerja di Lembah Klang

PATI yang berjaya ditahan PGA selepas menyerbu sebuah rumah transit di Tanah Merah, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Hasrat 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke negara ini untuk bekerja dan mencari rezeki di Lembah Klang tidak kesampaian selepas dicekup anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) semalam.

Kesemua PATI itu ditahan menerusi Op Taring Delta selepas anggota Batalion 8 PGA menyerbu sebuah rumah kongsi berhampiran sebuah bangunan dekat Kolej Vokasional Tanah Merah pada pukul 6 petang.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua PATI lelaki itu terdiri daripada warganegara Myanmar dan Bangladesh berada di dalam rumah berkenaan.

Menurutnya, daripada jumlah itu 17 adalah PATI Myanmar dan selebihnya Bangladesh.

“Kesemua PATI itu tidak mempunyai dokumen pengenalan dari kecuali dua warganegara Bangladesh mempunyai pasport.

“Bagaimanapun, kedua-dua warganegara Bangladesh itu didapati telah tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu kesemua PATI yang ditahan itu masing-masing berusia antara 11 hingga 56 tahun.

Katanya, siasatan mendapati kesemua mereka ini akan dibawa ke Lembah Klang untuk bekerja dan rumah tersebut menjadi transit sementara.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN