ROM: Seorang warga emas berusia 80 tahun mencetuskan kekecohan apabila secara tidak sengaja memandu kereta Mercedes-Benz menuruni tangga ikonik Spanish Steps di pusat bandar Rom awal pagi Selasa lalu, sebelum kenderaannya tersangkut di tengah laluan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh polis Rom, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit bebas daripada pengaruh alkohol. Bagaimanapun, identiti pemandu tidak didedahkan, termasuk sama ada kenderaan mewah itu miliknya atau dipandu menggunakan bantuan sistem navigasi (GPS).…

 
								 
											









