Vesel nelayan tempatan termasuk empat warga Myanmar ditahan tiada dokumen sah - Utusan Malaysia

Vesel nelayan tempatan termasuk empat warga Myanmar ditahan tiada dokumen sah

SEBUAH vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C bersama warga Myanmar ditahan dekat Timur Laut Perairan Kuala Kuantan oleh Maritim Malaysia Pahang dipercayai melakukan aktiviti penangkapan hasil laut secara haram. FOTO IHSAN MARITIM MALAYSIA PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang, kira-kira 2.6 batu nautika timur laut perairan Kuala Kuantan di sini semalam kerana dipercayai melanggar syarat lesen untuk aktiviti penangkapan hasil laut.

Pengarah Maritim Malaysia Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, turut ditahan empat kru termasuk tekong dipercayai warganegara Myanmar berumur lingkungan 23 hingga 32 tahun.

“Ketika rondaan rutin menerusi Op Makmur dan Op Tiris, vesel itu berada dalam keadaan mencurigakan dan sedang menuju ke Kuala Kuantan sebelum ditahan bot peronda Maritim Malaysia

“Hasil pemeriksaan mendapati, VNT berkenaan melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu tidak mempunyai permit kerja yang sah dan dibawah Akta Imigresen 1959/63 iaitu gagal mengemukakan dokumen Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

“Selain itu, dokumen pengenalan diri dikemukakan oleh kesemua kru juga meragukan,” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, selain bot dan alat penangkapan, pihak penguatkuasa turut merampas hasil laut yang  dianggarkan seberat 1.4 tan metrik.

Jelasnya, mereka dibawa ke Jeti Pernepa Kuantan Slipway dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN