WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memutuskan untuk memberikan lanjutan selama 90 hari lagi kepada TikTok bagi mencari pembeli baharu yang bukan berpangkalan di China, menurut kenyataan Rumah Putih semalam. Langkah itu sekali gus menangguhkan buat kali ketiga pelaksanaan larangan ke atas aplikasi popular tersebut. Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt berkata, lanjutan itu akan ditandatangani menerusi perintah eksekutif baharu dalam minggu ini, selepas undang-undang persekutuan yang menuntut penjualan…