Sultan Pahang titah semua masjid anjur solat jenazah ghaib kepada penuntut UPSI terlibat kemalangan - Utusan Malaysia

Sultan Pahang titah semua masjid anjur solat jenazah ghaib kepada penuntut UPSI terlibat kemalangan

ASMADI MOHAMED NAIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Semua masjid di seluruh negeri ini diminta menganjurkan solat jenazah ghaib kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak Isnin lalu sehingga meragut 15 nyawa.

Mufti Pahang, Profesor Datuk Dr. Asmadi Mohamed Naim berkata, solat jenazah ghaib itu sebagai menjunjung titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Menjunjung titah Sultan Pahang, semua masjid di negeri Pahang diminta menganjurkan solat jenazah ghaib mangsa kemalangan bas (terhadap pelajar UPSI) dan bacaan yasin serta tahlil pada hari Khamis, 12 Jun 2025, selepas solat Maghrib (malam Jumaat),” katanya di sini.

Asmadi berkata majlis solat sunat dan bacaan Yassin serta tahlil itu juga bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan mangsa tragedi tersebut serta negeri Pahang.

“Semoga kita sama-sama mendoakan dalam majlis tersebut kesejahteraan dan kesembuhan kepada mangsa yang masih dirawat, dan mendoakan semoga negeri Pahang secara khususnya dijauhkan daripada segala bencana alam dan kemudaratan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN