Sorok 1.72 juta batang rokok seludup di dalam rumah, MPV

Sorok 1.72 juta batang rokok seludup di dalam rumah, MPV

WAN Jamal Abdul Salam Wan Long menunjukkan sebahagian rokok seludup termasuk keretek yang dirampas pihaknya semasa serbuan di Kampung Babong, Kota Bharu, Kelantan-IHSAN JKDM Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan menggagalkan cubaan mengedar 1.72 juta batang rokok seludup selepas menyerbu sebuah rumah dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kampung Babong, di sini pada 7 Mei lalu.

Serbuan pukul 10.30 pagi itu membabitkan nilai rampasan termasuk MPV dan cukai yang dianggarkan RM1.48 juta.

Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, hasil pemeriksaan di atas rumah dan MPV jenis Toyota Inova itu telah menjumpai 1.72 juta batang rokok seludup termasuk keretek.

Menurutnya, siasatan awal mendapati MPV itu tersebut telah digunakan untuk mengedar rokok-rokok yang merupakan barang larangan tersebut.

“JKDM Kelantan menolak kemungkinan premis tersebut disewa dan dijadikan tempat penyimpanan rokok seludup sebelum diedarkan kepada pelanggan.

“Kes ini masing-masing sedang disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, orang ramai terus digesa untuk membantu pihak JKDM Kelantan memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah dan kenderaan.

Katanya, sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-8855, atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN