NEW YORK: Ketua Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini, menyifatkan sistem agihan bantuan baharu di Gaza sebagai ‘medan pembunuhan’ apabila lebih 400 penduduk Palestin kelaparan terbunuh dalam tempoh sebulan. Lazzarini dalam satu kenyataan tegas di platform X berkata, sistem dikendalikan Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) dan digerakkan Israel menjadi punca kematian ratusan rakyat yang berusaha mendapatkan makanan untuk diri dan keluarga mereka. “Lebih 400 orang yang kelaparan dilaporkan terbunuh sejak ia mula beroperasi hanya sebulan lalu. Mereka ditembak ketika cuba mendapatkan makanan,” katanya. Beliau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya