KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak mencampuri urusan kehakiman termasuk dalam keputusan melibatkan kes dilepas tanpa dibebaskan (DNAA), walaupun berdepan tekanan dan desakan daripada pelbagai pihak. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan mengarahkan hakim membuat keputusan mengikut kehendak tertentu adalah bertentangan dengan prinsip pemisahan kuasa yang menjadi tunjang kepada sistem demokrasi negara ini. “Apa yang kamu mahu? Mahu saya jadi diktator dan arahkan hakim buat keputusan ikut pandangan peribadi kamu? Atau biarkan mahkamah jalankan tugas mereka? “Ada yang bersetuju, ada yang tidak. Tetapi inilah maksud sebenar kebebasan badan kehakiman,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya