ROM: Kementerian Kesihatan Itali memberi amaran kepada penduduk dan pelancong mengenai gelombang haba, dengan mengeluarkan amaran merah untuk 21 bandar utama hujung minggu ini. Amaran tertinggi itu melibatkan bandar-bandar termasuk ibu negara Rom, pusat ekonomi Milan dan juga Venice, lokasi perkahwinan mewah jutawan Amazon, Jeff Bezos. Menurut kementerian itu, suhu dijangka mencecah sehingga 37 darjah Celsius di beberapa kawasan. Susulan itu, kementerian tersebut menasihatkan orang ramai supaya tidak keluar rumah…










