KUALA NERUS: Sebuah keluarga dari Kampung Rhu Dua, Marang, dekat sini tidak putus harapan mencari anak mereka, Erma Fatima Shamsul Bahari, 18, yang hilang sejak sembilan bulan lalu. Bapa remaja itu, Shamsul Bahari Abu Bakar, 48, berkata, Erma Fatima merupakan orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pembelajaran dan anak sulung dari empat beradik. Katanya, anak gadisnya itu disedari hilang semasa dia ke tandas ketika mereka sekeluarga makan tengah hari…