JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi masih berteka-teki sama ada akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada tahun hadapan atau sebaliknya. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor berkata, PRN Johor akan diadakan selewatnya pada April 2027, setelah penggal pentadbirannya berakhir. Namun, beliau sudah mengingatkan pemimpin di peringkat bahagian dan akar umbi untuk bersiap sedia dari sekarang dan tidak perlu menunggu tarikh keramat itu diumumkan.…