Polis siasat dakwaan gangguan seksual penjual belon di Genting Highlands - Utusan Malaysia

Polis siasat dakwaan gangguan seksual penjual belon di Genting Highlands

ZAIHAM MOHD. KAHAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kes gangguan seksual membabitkan seorang individu yang menjual belon terhadap seorang lelaki di kawasan pelancongan terkenal, Genting Highlands di sini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, video tentang dakwaan kejadian itu tular di sebuah laman sosial pada 10 Jun kira-kira pukul 10.30 malam sehingga mencetuskan perhatian netizen.

“Setakat 11 Jun, pihak polis belum menerima sebarang laporan rasmi berkaitan kejadian itu.

“Justeru, pihak polis meminta pemilik akaun TikTok yang memuat naik video terbabit di pautan https://vt.tiktok.com/ZSkPo8KH3/ agar tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong bagi membantu siasatan lanjut” katanya di sini hari ini.

Menurut Zaiham, hasil semakan awal ke atas kandungan akaun TikTok individu itu mendapati terdapat beberapa dakwaan kejadian hampir serupa yang pernah dialaminya di beberapa lokasi lain.

“Polis menyeru mana-mana individu yang pernah mengalami kejadian seumpama ini agar tampil ke hadapan dan membuat laporan di mana-mana balai polis terdekat bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan.

“Kerjasama orang ramai amat penting bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam perlakuan jenayah,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN