BANGKOK: Parti Bhumjaithai Thailand, yang berundur daripada gabungan kerajaan minggu lalu, mengumumkan akan mengemuka usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra dan barisan Kabinet beliau. Usul yang dijadualkan dibentang minggu depan itu, akan menjadi ujian pertama di Parlimen buat Paetongtarn, 38, sejak berdepan tekanan hebat berhubung cara beliau menguruskan pertikaian sempadan dengan Kemboja, sehingga menyebabkan kerajaan pimpinan Parti Pheu Thai hampir kehilangan majoriti. Paetongtarn turut berdepan semakan kehakiman…











