KUALA LANGAT: Pengalaman memilih, memetik dan menimbang buah rock melon kini menjadi antara tarikan utama produk agropelancongan di Ladang Satelit Pusat Kecemerlangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat. Program itu bukan sahaja membolehkan pengunjung merasai sendiri keenakan buah rock melon jenis malah berpeluang melihat proses penanaman dan penjagaannya secara profesional. Pengerusi PPK Kuala Langat, Dr. Abdul Razak Khasbullah berkata, inisiatif itu mampu memberi impak positif kepada ekonomi petani dan menjadi sumber pendapatan baharu jika dilaksanakan secara berterusan dengan kerjasama pelbagai pihak. “Pengunjung bebas memilih buah mengikut saiz dan bentuk diingini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya