KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 22 Ogos ini untuk mendengar permohonan pihak pembelaan untuk mencelah dalam prosiding larangan menguruskan aset bernilai kira-kira RM1.25 bilion di Jersey yang dikatakan milik isteri bekas Menteri Kewangan, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid. Perintah larangan terhadap aset tersebut dimohon oleh pihak pendakwaan secara sebelah pihak (ex-parte) mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA)…