WASHINGTON: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) memaklumkan bahawa tiada petunjuk keselamatan segera yang memerlukan penggantungan operasi pesawat Boeing 787 ketika ini, susulan insiden nahas membabitkan pesawat Air India yang mengorbankan lebih 240 nyawa. Setiausaha Pengangkutan AS, Sean Duffy dan Pemangku Ketua Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Chris Rocheleau berkata demikian dalam satu sidang media sambil memaklumkan sudah melihat rakaman video berkaitan nahas yang berlaku di Ahmedabad, India. Duffy turut mengesahkan bahawa beliau mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB), Jennifer Homendy. Menurutnya, satu pasukan gabungan NTSB dan FAA dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya