Mohd. Khalid dilantik Ketua Polis Negara ke-15?

Mohd. Khalid dilantik Ketua Polis Negara ke-15?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail merupakan calon yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) baharu.

Pelantikan Mohd. Khalid sebagai KPN Ke-15 adalah bagi menggantikan Tan Sri Razarudin Husain selepas menamatkan kontrak sebagai KPN pada 22 Jun ini.

Utusan Malaysia difahamkan, surat watikah pelantikan itu diserahkan kepada Mohd. Khalid pagi ini di Putrajaya.

Bagaimanapun, sehingga kini, masih tiada pengumuman rasmi berhubung pelantikan itu memandangkan Majlis Serah Terima Tugas dan Paluan Undur KPN akan berlangsung di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, petang ini.

Majlis yang dijadual bermula pukul 2.15 petang itu akan dihadiri oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN