SHAH ALAM: Bunyi letupan misteri yang menghantui penduduk bandar raya ini sejak bulan lalu terus kekal menjadi misteri setelah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menutup siasatan isu yang menjadi tular di media sosial. Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Fauzi Mohd. Yatim berkata, siasatan daripada pelbagai aspek gagal mencari punca kewujudan bunyi seakan letupan tersebut. “Bagi pihak MBSA siasatan kes bunyi misteri itu telah selesai dan tidak diteruskan lagi. Siasatan…










