Mayat pemuda OKU ditemukan berhampiran kebun sawit - Utusan Malaysia

Mayat pemuda OKU ditemukan berhampiran kebun sawit

PASUKAN mencari dan menyelamat mengeluarkan mayat pemuda OKU yang ditemukan di sebuah kawasan berdekatan kebun sawit di Taman Sri Embun di Jerantut, Pahang. - FOTO/IHSAN IPD JERANTUT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Mayat pemuda orang kurang upaya (OKU) mengalami masalah mental, Sabri Ismail, 36, ditemukan berhampiran kebun sawit dalam jarak 300 meter dengan rumahnya di Taman Sri Embun di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, mangsa ditemukan pukul 10.20 pagi sudah tidak bernyawa dan keadaan fizikal badannya kembung serta mula mereput.

“Kedudukan mayat orang hilang sudah dijumpai lebih kurang 300 meter dari lokasi asal kali terakhir berdekatan rumahnya Taman Sri Embun apabila gerakan mencari mangsa bermula pada 7 Jun lalu pada pukul 10.30 malam.

“Rentetan kes ini bermula pada 2 Jun lalu kira-kira pukul 12 tengah malam semasa kakaknya berusia 38 tahun berada di Kuala Lumpur telah menerima panggilan dari jiran yang dikenali sebagai Pak Zuki memberitahu mangsa dalam keadaan tidak sihat dan mengganggu orang kawasan taman perumahan di situ,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut hari ini.

Menurut Zukri, pada 7 Jun lalu kira-kira 7 petang, kakaknya kembali ke rumah dari Kuala Lumpur untuk melihat keadaan mangsa, tetapi mendapati tiada di rumah, manakala beg pinggang dan motosikalnya ditinggalkan di rumah berkenaan.

“Kakaknya telah mencari di kawasan sekitar taman tersebut, tetapi tidak berjumpa kemudiannya datang ke balai polis untuk membuat  laporan polis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN