Malaysia, Indonesia hampir sepakat isu Ambalat

Malaysia, Indonesia hampir sepakat isu Ambalat

MOHAMAD Hasan bersama anggota dan anak-anak ahli koperasi yang menerima anugerah kecemerlangan sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Ke-52 Koperasi Kaum Ibu Penajes, Rembau, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto hampir mencapai kata sepakat berhubung Ambalat iaitu wilayah sempadan maritim antara kedua-dua negara.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih terdapat beberapa perkara termasuk di bahagian teknikal untuk mengenalpasti serta memuktamadkan kaedah kedua-dua negara dapat menikmati hasil bumi yang ada di Ambalat.

“Kajian telah dibuat, di laut situ mempunyai deposit minyak dan gas yang paling banyak, jadi mengapa perlu kita tunggu, kalau nak ikut persempadanan, sampai 20 ke 30 tahun tak boleh tercapai.

“Kawasan ini (Ambalat), kawasan yang sentiasa menjadi pertikaian. Dalam masa sama kita rugi, lebih baik kita menghasil usahakan supaya faedah itu dinikmati kedua-dua negara,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Kaum Ibu Penajes di sini, semalam.

Menurut Mohamad, kerjasama boleh dibuat antara lainnya mengambil kira autoriti pembangunan bersama seperti di Teluk Siam antara Thailand dan Malaysia.

“Kawasan bertindih, Thailand kata itu dia punya, kita (Malaysia) kata itu kita punya tapi dalam masa sama, kita punyai persefahaman, kita bangunkan untuk buat cari gali.

“Kita dapat banyak faedah, Thailand dapat banyak faedah. Bahkan, sumber gas asli cecair (LNG) di kawasan tersebut memang banyak dibekalkan ke negara kita.

“Jadi, ini cara pemikiran baharu kita untuk menghasil usahakan sumber bumi yang ada dan menikmati faedahnya. Kalau nak ikutkan cara berunding, sampai berpuluh tahun, tak mahu berganjak,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, lima rakyat Malaysia terdiri daripada empat pelajar dan seorang peniaga masih berada di Iran serta telah menandatangani akujanji tidak menyer­tai evakuasi pulang ke negara ini.

Menurutnya, proses evakuasi rakyat Malaysia di Iran sudah pun selesai pada tengah malam 21 Jun lalu dengan membawa pulang 24 individu dan seorang rakyat Singapura.

“Ada empat pelajar yang masih tinggal di sana (Iran). Mereka sendiri tak mahu balik, mereka tandangani akujanji, mereka kata terima kasih kerajaan Malaysia, terima kasih Wisma Putra.

“Kami (kata pelajar itu) memilih terus tinggal di sini. Tak ramai rakyat Malaysia di Iran, di Qatar ada lebih 5,000 (rakyat Malaysia). Alhamdulillah, selepas pengeboman pangkalan Amerika Syarikat di Qatar sudah tak ada apa (serangan) lagi.

“Ruang udara Qatar sudah dibuka dan rakyat Malaysia di Qatar berada dalam keadaan selamat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN