Lima sekeluarga maut kemalangan malam raya - Utusan Malaysia

Lima sekeluarga maut kemalangan malam raya

KEADAAN Perodua Bezza yang remuk dalam kemalangan di Kilometer 7, Jalan Jerantut-Maran berdekatan Jerantut Feri di Jerantut, Pahang. - FOTO/JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Lima sekeluarga termasuk empat beradik maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 7, Jalan Jerantut Feri-Maran berdekatan Jerantut Feri dekat sini.

Mangsa yang maut, Mohamad Ikmal Ishak, 26, dan isterinya, Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23; serta tiga adik beradik Nur Arfiqah iaitu Mohammad Zulkifli ,21; Mohamad Azizul Hakimi, 19, dan Nurul Hazwani,17.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, polis menerima laporan kejadian tersebut pada pukul 12.40 tengah malam melibatkan kenderaan jenis Toyota Alphard dengan Perodua Bezza.

“Siasatan awal di tempat kejadian berlaku semasa Toyota Alphard dipandu Sheon Kien Hung, 37, dalam perjalanan dari Maran ke bandar Jerantut.

“Setiba di lokasi, tiba-tiba kereta Perodua dipandu oleh Mohamad Ikmal membuat pusingan U di persimpangan secara mengejut dan berlaku perlanggaran antara kedua-dua kenderaan itu.

“Akibat kemalangan tersebut pemandu dan empat penumpang Perodua Bezza disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di tempat kejadian,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.

Zukri berkata, pemandu Toyota Alphard dan dua penumpang masing-masing berusia 28 tahun mengalami kecederaan di kaki, leher dan dada.

“Bedah siasat ke atas mangsa untuk mengetahui punca kematian akan dilakukan di Unit Forensik Hospital Jerantut pukul 9 pagi ini.

“Kes kemalangan akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN