KOTA BHARU: Seorang lelaki parah dipercayai ditanduk seekor lembu dalam kejadian di Kampung Kubang Keladi, Bachok dekat sini semalam.
Difahamkan kejadian itu berlaku petang semalam.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr. Zaini Hussin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Katanya, mangsa telah selamat menjalani pembedahan.
“Alhamdulillah, mangsa berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini,” katanya.
Sebelum itu tular sekeping gambar mangsa berada dalam keadaan ngeri selepas dipercayai ditanduk lembu.-UTUSAN