Lelaki maut, kemalangan empat kenderaan di Lipis - Utusan Malaysia

Lelaki maut, kemalangan empat kenderaan di Lipis

SEORANG lelaki maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan treler di kilometer 30, Jalan Lipis–Merapoh dekat Kampung Seberang Jelai, Padang Tengku di Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seorang jurutera projek maut dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di kilometer 30, Jalan Lipis–Merapoh dekat Kampung Seberang Jelai, Padang Tengku di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi hari ini itu, mangsa, Mohd. Hafiz Mohd. Ghazali, 34, beralamat di Taman Kenali, Kubang Kerian, Kelantan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta jenis Volkswagen Jetta dipandunya bertembung dengan treler.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, siasatan awal mendapati treler terbabit dipandu seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun dari Kelantan, dalam perjalanan menuju ke Selangor bagi menghantar muatan kayu.

“Tiga buah kereta dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kelantan sebelum salah sebuah daripadanya bertembung secara berdepan dengan treler yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat pertembungan itu, treler terbabit turut bergesel dengan dua kereta lain. Dua pemandu kenderaan terbabit tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Ismail berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN