Kediaman Brad Pitt diceroboh - Utusan Malaysia

Kediaman Brad Pitt diceroboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Sebuah kediaman milik pelakon, Brad Pitt, 61, di sini dipecah masuk penjenayah baru-baru ini.

Pihak berkuasa memaklumkan kepada CNN kejadian itu membabitkan tiga individu menceroboh rumah aktor berkenaan yang berlokasi di kejiranan Los Feliz, dekat sini.

Menurut polis, ketika kejadian ketiga-ketiga penjenayah memecah masuk menerusi tingkap hadapan sebelum melarikan beberapa barang berharga.

Polis bagaimanapun tidak berkongsi nilai kerugian ditanggung pelakon itu.

Pihak berkuasa juga memaklumkan siasatan bagi mengenal pasti pelaku masih dijalankan dan tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Rumah Pitt merupakan antara kediaman di kejiranan itu yang dipecah masuk dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Penyanyi rap, Macklemore juga menerima nasib sama apabila kediamannya di Seattle diceroboh masuk awal bulan ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN