Kanak-kanak sembilan tahun jadi mangsa liwat di pusat tahfiz

Kanak-kanak sembilan tahun jadi mangsa liwat di pusat tahfiz

MOHD. YUSOFF MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun yang menuntut di sebuah pusat tahfiz di negeri ini menjadi mangsa liwat kepada rakannya berusia 12 tahun.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, tangkapan ke atas suspek telah dibuat selepas pihaknya menerima laporan dari ibu mangsa.

“Kanak-kanak itu kemudian dilepaskan kerana perkara tersebut tertakluk kepada Seksyen 113 Akta Keterangan 1950 yang menganggap kanak-kanak di bawah umur 13 tahun tidak berupaya melakukan melakukan rogol.

“Seksyen ini sepatutnya digubal semula bagi membolehkan pelaku dituduh berikutan terdapat kes seksual melibatkan suspek yang terdiri daripada kanak-kanak bawah umur di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Townhall Ketua Polis Kelantan, Cakna Remaja: Elak Gejala Sosial, Bina Masa Depan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, kejadian berlaku kira-kira dua bulan lalu itu terbongkar apabila mangsa menceritakan peristiwa tersebut kepada ibunya.

Katanya, mangsa memaklumkan bahawa dia diliwat oleh rakan sekolahnya yang berusia 12 tahun. 

“Siasatan lanjut mendapati, ia merupakan kejadian pertama yang berlaku terhadap dirinya,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN