KUALA TERENGGANU: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengadakan gotong-royong membersihkan Pasar Payang 2 di sini bagi menjaga imejnya sebagai sebagai lokasi pelancongan termasuk memastikan tiada perniagaan di luar pasar itu.. Datuk Bandar, Datuk Jusman Ibrahim berkata, Pasar Payang 2 mengalami perubahan dari segi penempatan peniaga sebelum ini dengan mereka perlu beroperasi di dalam bangunan. “Program gotong-royong dilaksanakan bagi membersihkan sisa-sisa sampah yang terdapat di kawasan jualan buah-buahan ekoran perpindahan peniaga…









