Guna lori pasir seludup 5,000 kg beras Siam

Guna lori pasir seludup 5,000 kg beras Siam

ANGGOTA PGA menahan pemandu lori bagi membantu siasatan berhubung rampasan beras seludup di Simpangan Tumpat, Kelantan semalam-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) mematahkan cubaan menyeludup 5,000 kilogram (kg) beras siam menggunakan lori pasir selepas menahan kenderaan tersebut di Simpangan, di sini semalam.

Dalam serbuan pukul 6 petang itu, PGA turut menahan pemandu lori terbabit bagi membantu siasatan.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, semasa melakukan rondaan rutin menerusi Op Taring Wawasan Kelantan pihaknya telah mengesan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut telah menjumpai 5,000 kg yang telah disorokan di bahagian belakang lori berkenaan.

“Anggaran nilai rampasan rampasan beras berjumlah RM20,000. Hasil rampasan diserahkan ke Kawal Selia Padi dan Beras Negara (KSPBN) Kelantan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat dibawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN