GERIK: Sekurang-kurangnya 15 individu dilaporkan maut dalam nahas membabitkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding di sini awal pagi tadi.
Difahamkan kejadian sekitar pukul 1 pagi itu melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan laporan kemalangan itu melibatkan 48 mangsa.
“Seramai 13 mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di Hospital Gerik.
“Setakat ini tujuh mangsa berada di zon merah dengan 20 mangsa di zon kuning dan 16 mangsa di zon hijau,” katanya.-UTUSAN.