WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengumumkan tidak akan menyertai Persidangan Antarabangsa Keempat Mengenai Pembiayaan Pembangunan anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dijadualkan berlangsung dari 29 Jun hingga 3 Julai ini di Seville, Sepanyol. Keputusan itu sekali gus menzahirkan pendirian tegas pentadbiran Presiden Donald Trump untuk mengurangkan bantuan luar secara besar-besaran. Wakil Amerika Syarikat, Jonathan Shrier, memaklumkan dalam mesyuarat persediaan bahawa Washington menarik diri daripada menyertai persidangan tersebut selepas menolak draf dokumen…