MELAKA: Seorang remaja orang kurang upaya, Muhamad Aidil Asyraf Fadli hanya menyangka dia berada di luar selama sejam dua sebelum ditemukan dalam keadaan lemah di Kampung Permatang Pasir, di sini. Ibunya, Siti Norehan Azhar, 38, berkata, anak keduanya berusia 15 tahun itu tidak sedarkan diri hampir sepanjang tempoh 30 jam kehilangannya dan hanya tersedar ketika dipapah keluar oleh anggota bomba yang menemuinya kira-kira pukul 2 pagi semalam. “Dia cuma ingat…