KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak di sekitar ibu negara, awal bulan ini. Penganggur, Moh Royyin, 28, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Izralizam Sanusi. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merompak seorang lelaki warga China dengan mengambil sebuah telefon bimbit jenama Oppo V8 Ultra milik mangsa bernilai RM4,000 di Dataran Merdeka, di sini pada pukul 8 malam, 16 Mei lalu. Bagi pertuduhan kedua, Moh Royyin didakwa merompak sebuah telefon bimbit jenama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya